Peraturan Pusat Sumber Sekolah
· Bekalan
makanan, botol air dan beg dilarang dibawa masuk ke pusat sumber sekolah dan
pelajar harus meletakkan barangan tesebut di rak pusat sumber.
· Pelajar
dilarang makan, minum, tidur dan bermain
di perpustakaan.
· Permainan
seperti catur, yo-yo, kad dan congkak tidak dibenarkan di perpustakaan.
· Pelajar
tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi
guru.
· Pelajar
hendaklah senyap apabila berada di dalam perpustakaan.
· Sila
duduk di kerusi-kerusi yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di
rak-rak pintu dan kaunter.
· Pelajar
perlu masukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
· Sila
letakkan buku yang telah dibaca di troli yang telah disediakan.
· Pelajar
dilarang bergaduh di perpustakaan.
· Pelajar
mesti beratur di kaunter semasa meminjam atau memulangkan buku.
· Ketua
kelas perlu memastikan semua murid berada
di perpustakaan semasa relief.
Peraturan Pusat Akses Sekolah
·Pelajar dibenarkan menggunakan Pusat Akses dengan
kebenaran guru mata pelajaran atau Guru Pusat Sumber yang
bertugas semasa waktu P&P. Pelajar boleh memasuki Pusat Akses
Sekolah pada waktu rehat dan sebelah petang.
·Dilarang
membawa masuk beg, makanan dan minuman.
· Jaga kebersihan bilik Pusat Akses. Dilarang
meninggalkan sebarang sampah atau kertas ketika berada dalam Pusat
Akses.
- · Penggunaan pendrive diharamkan sama sekali. Pelajar perlu menggunakan email dalam sebarang urusan.
· Semua warga sekolah dilarang membuat
bising semasa berada di Pusat Akses.
· Satu komputer hanya untuk seorang pelajar. Perkongsian
komputer tidak dibenarkan untuk mengelakkan kesesakan dan
kebisingan.
·Laporkan kerosakan komputer kepada Guru atau
Pengawas Pusat Sumber yang bertugas. Pengguna tidak dibenarkan cuba
membaiki komputer sendiri.
· Kemudahan Internet hanya untuk tujuan pembelajaran
sahaja.
·Dilarang
menyalahgunakan kemudahan Bilik Pusat Akses dengan melakukan
perkara-perkara yang dilarang seperti menyebarkan virus, melihat
pornografi, atau melakukan jenayah
siber.
·Tidak dibenarkan memasang (install) program
atau mengubah ketetapan (settings) komputer.
· Pengguna hanya dibenarkan mengunakan medium storan
seperti CD yang boleh dibeli di perpustakaan sahaja. Medium lain
tidak dibenarkan. (Cth : Pendrive, Disket, Removable Drive/Disk).
·Pengguna boleh menggunakan pencetak secara percuma
tetapi ianya terhad untuk 10 mukasurat sahaja dalam sehari.
·Sila padamkan komputer dan bekalan kuasa elektrik
dengan betul selepas digunakan.
·Rekodkan penggunaan komputer di dalam buku log sebelum menggunakan komputer.Pengguna dihadkan menggunakan komputer selama 30 minit sahaja
sekiranya terdapat pengguna yang menunggu giliran.
Diharap
pelajar-pelajar dapat mematuhi peraturan perpustakaan !
TERIMA
KASIH !
No comments:
Post a Comment