Piagam Pelanggan Pusat Sumber Aisyah Humaira
Sekolah Agama
Menengah Rawang
KAMI GURU-GURU DAN PARA PENGAWAS
PUSAT SUMBER AISYAH HUMAIRA SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG DENGAN PENUH
TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN MENGGEMBLENG TENAGA DAN USAHA KAMI
UNTUK:
·
Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada para
pengguna Pusat Sumber.
·
Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan Pusat
Sumber secara optimum serta berkesan.
·
Memberi peluang yang sama rata kepada seluruh warga sekolah
menikmati kemudahan yang tersedia di Pusat Sumber.
·
Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang
bentuk perkembangan teknologi pendidikan terkini.
·
Meningkatkan ilmu, disiplin diri, dan sahsiah kami serta
seluruh warga Sekolah Agama Menengah Rawang.
·
Mewujudkan hubungan baik di antara ahli keluarga Pusat
Sumber sekolah ini dengan pihak-pihak lain seperti BTP, BTPN, PUSTAKAM,
PERPUSTAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang murni serta
menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk kekeluargaan.
·
Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga Pusat Sumber
bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,
bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif.
·
Menguruskan kerja dengan sistematik, cekap, pantas,
bijaksana dan berkesan.
·
Sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti bagi merangsang
kewujudan budaya ilmu dalam jiwa seluruh warga sekolah.
·
.Menyediakan
perkhidmatan yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik
serta kokurikulum sekolah.
·
Menyerlahkan maksud sebenar Pusat Sumber sebagai “Minda”
sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment